Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

Buku Garis Panduan Landskap Negara Taman

Garis Panduan Landskap Negara Taman ini bertujuan membentangkan rujukan asas kepada para profesional khususnya yang berkecimpung dalam industri senibina landskap. Garis panduan ini dibentuk dengan penekanan utama penyediaan kawasan hijau berlandskap yang menepati fungsi-fungsi estetik dan kepelbagaian suasana  bagi memperkayakan sesuatu rekabentuk. Faktor ini dinyatakan dengan teliti di dalam setiap bab; di mana penyusunan bab serta isi kandungannya adalah mengikut turutan berikut:

 

Bab 1 (Pengenalan)

Bab ini merangkumi penerangan asas terhadap beberapa aspek utama dalam senibina landskap. Ia juga menerangkan mengenai isu-isu semasa alam sekitar bagi menjana kesedaran terhadap keperluan kawasan hijau. Ia juga berkait rapat di dalam tujuan menggalakkan pembangunan yang menepati konsep Negara Taman.

 

Bab 2 (Perancangan Pembangunan Landskap)

Merancang sesuatu kerja asas di dalam senibina landskap adalah perkara pertama yang perlu diambil kira. Perancangan senibina landskap yang dibentangkan menerusi Garis Panduan Landskap Negara Taman ini bertujuan memaparkan prosedur dan tatacara penyediaan perancangan Pelan-Pelan Induk Landskap. Pelan Induk Landskap yang telah lama dilaksanakan adalah sumber utama kepada perancangan landskap secara menyeluruh dan ia juga memaparkan halatuju sesuatu pembangunan. Perancangan ini dirujuk sebagai mewujudkan kesinambungan di antara sesuatu pembangunan kepada perancangan dan objektif sesuatu kawasan tersebut.

 

Bab 3 (Pemeliharaan dan Pemuliharaan Landskap)

Kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta pembangunan yang berasaskan pemeliharaan alam semula jadi mendorong pembentukan bab ketiga ini. Kawasan sensitif serta kawasan warisan khazanah perlu dikawal daripada pembangunan yang bertindak sebagai kacau ganggu kepada keadaan sedia ada. Asas pengetahuan dalam melaksanakan rekabentuk senibina landskap dinyatakan di dalam bab ini.

 

Bab 4 (Rekabentuk Seni Bina Landskap)

Pembentukan elemen-elemen senibina landskap sama ada landskap lembut ataupun landskap kejur, ianya sentiasa berdasarkan fungsi sesuatu komponen guna tanah. Sehubungan itu, penerangan mengenai tujuan, konsep serta piawaian kawasan hijau/landskap adalah berasaskan komponen guna tanah; seperti mana yang dinyatakan di dalam setiap bahagian terkandung dalam bab ini. Setiap satunya dinyatakan dengan teliti berserta garis panduan-garis panduan mengenai ruang-ruang yang perlu diberi penekanan. Ia dapat dilihat dengan bantuan illustrasi dan rajah sebagai rujukan utama.

 

Bab 5 (Pengurusan Projek Landskap)

Tatacara asas yang utama mengenai pelaksanaan projek-projek landskap dinyatakan di dalam bab ini. Ia mengetengahkan beberapa aspek utama seperti Pusat Setempat, Sijil Perakuan Siap Kerja dan Kebenaran Merancang sebagai sebahagian daripada tatacara pelaksanaan, penyediaan dan perancangan sebelum sesuatu projek berjalan dengan lancar. Bab ini menerangkan setiap aspek tersebut sebagai langkah persiapan awal sebelum ke tapak projek.

 

Bab 6 (Pengurusan dan Penyelenggaraan Landskap)

Bab terakhir di dalam Garis Panduan Landskap Negara Taman ini membentangkan perkara asas pengurusan dan penyelenggaraan landskap merangkumi elemen landskap lembut dan landskap kejur. Walaupun terdapat kepelbagaian kaedah dalam isu penyelenggaraan, namun garis panduan ini hanyalah sebagai rujukan asas yang sering dipraktikkan. Kaedah-kaedah terbaru yang mengikut perkembangan semasa dilihat sebagai pelengkap kepada garis panduan yang dibentangkan ini. Penggunaan kaedah-kaedah yang dicadangkan perlu bersesuaian dengan skala, jangka masa, keadaan tapak serta keperluan kos yang berbeza bagi sesuatu projek.

 

Setiap bab di dalam Garis Panduan Landskap Negara Taman ini adalah saling berkait rapat walaupun ia dipisahkan mengikut aspek-aspek yang dipilih. Ia perlu dibaca dan dirujuk mengikut turutan bagi tujuan pemahaman yang meluas.

 

Dengan ini diharapkan, Garis Panduan Landskap Negara Taman ini dapat membantu ke arah mencapai objektif pembentukan konsep Negara Taman yang mana ia juga dapat sama-sama menyumbang kepada menangani dan membendung kewujudan isu alam sekitar secara global.


UNTUK MAKLUMAN DAN KETERANGAN LEBIH LANJUT, 

SILA HUBUNGI:
JABATAN LANDSKAP NEGARA
BAHAGIAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT
TEL.: 03 - 4047 0000

 

 


Kemaskini pada 2016-08-12 07:33:08 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 5041
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Jabatan Perancangan Bandar & Desa Jabatan Bomba & Penyelamat Jabatan Kerajaan Tempatan Jabatan Perumahan Negara Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Institut Latihan Perumahan & Kerajaan Tempatan
facebook twitter flickryoutube mla rakantaman mscmalaysia mygovernment ope_kpkt
KETUA PENGARAH, JABATAN LANDSKAP NEGARA, Tingkat 7, Plaza Permata-IGB, Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Tel.: (603) 4047 0000 | Faks.: (603) 4045 2415 |
Hakcipta Terpelihara © | Jabatan Landskap Negara Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Firefox dan Chrome
Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian  | Soalan Lazim | Peta Laman  
Jumlah Pelawat72425