Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

Pertandingan Photojournalism 2017

  • Pendahuluan
    • Photojournalism merupakan satu bentuk gambaran atau penceritaan berkenaan sesuatu perkara, peristiwa atau situasi yang dipersembahkan melalui gambar (fotografi), lukisan dan sebagainya dan disokong oleh penerangan ringkas untuk menceritakan tentang perkara berkenaan dari awal sehingga kesudahannya.
    • Persembahan ini melibatkan penyediaan story board berkaitan tema, pengumpulan gambar-gambar dan kerja-kerja pengeditan untuk menghasilkan satu persembahan yang membentuk gambaran yang baru, berkenaan sesuatu perkara berkaitan dengan tema.
    • Persembahan ini bersifat penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau situasi yang berlaku, seterusnya membentuk fakta yang berkait rapat dengan budaya/suasana persekitaran pada masa kini dan akan datang.
 
  • Objektif
    • Memperkukuhkan pemahaman, seterusnya membuka peluang yang lebih luas untuk rakyat lebih menghargai petempatan manusia dan pembangunan di negara ini;
    • Menjadi pangkalan data-data terpencil yang boleh menjadi koleksi berhubung dengan habitat manusia; dan
    • Memupuk minat kepada orang ramai terhadap photojournalism dengan menjadikannya sebagai kerjaya atau profesion yang beretika.
 
  • Tema
Housing At The Centre
Penyediaan rumah mampu milik yang berkualiti, lengkap dengan kemudahan masyarakat dan infrastruktur perlu menjadi polisi utama di setiap negara. Akses peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan akan mewujudkan sebuah pembangunan yang mampan dan dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat disamping meningkatkan taraf sosial penduduk. Perumahan di perbandaran yang mampan adalah penting dalam melahirkan masyarakat bandar yang sihat dan sejahtera bukan hanya dari aspek kesihatan fizikal, malah sihat dari aspek spiritual, ekonomi dan sosial.
 
  • Maklumat Penyertaan
    • Pertandingan Photojournalism ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia, kecuali urusetia pertandingan.
    • Pertandingan akan tamat pada 15hb September 2017. Pemenang akan dihubungi melalui surat/telefon dan akan dijemput hadir di Majlis Sambutan Hari Habitat 2017.
    • Muat Turun :
 
  • Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan boleh menghubungi :
 
  1. Nik Shara binti Abdul Rahim
E-Mel : kenix80.kpkt@1govuc.gov.my
Telefon : 03-40470141
 
  1. Zulazmi bin Mamat
E-Mel : zulazmi.kpkt@1govuc.gov.my
Telefon : 03-40470219
 
  • Waktu berurusan dengan urusetia pertandingan :

Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu dan Ahad : Tutup

Kemaskini pada 2017-06-21 16:47:28 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 1460
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Jabatan Perancangan Bandar & Desa Jabatan Bomba & Penyelamat Jabatan Kerajaan Tempatan Jabatan Perumahan Negara Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Institut Latihan Perumahan & Kerajaan Tempatan
facebook twitter flickryoutube mla rakantaman mscmalaysia mygovernment ope_kpkt
KETUA PENGARAH, JABATAN LANDSKAP NEGARA, Tingkat 7, Plaza Permata-IGB, Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Tel.: (603) 4047 0000 | Faks.: (603) 4045 2415 |
Hakcipta Terpelihara © | Jabatan Landskap Negara Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Firefox dan Chrome
Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian  | Soalan Lazim | Peta Laman  
Jumlah Pelawat71867